Zafrul Nafi Dakwaan Pembelian Pesawat Boeing Disebabkan Tekanan Tarif

CYBERJAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, menafikan dakwaan bahawa pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dilakukan akibat tekanan daripada rundingan tarif balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Dalam satu hantaran di platform X, beliau menjelaskan bahawa keputusan pembelian 30 pesawat Boeing itu telah dimuktamadkan lebih awal pada 20 Mac 2025, sebelum pengumuman tarif timbal balas dibuat oleh kerajaan Amerika.

“Perolehan ini adalah sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan kapasiti armada MAG yang bersifat jangka panjang serta berfasa,” katanya.

Zafrul menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan keperluan operasi menggantikan pesawat B737-800 yang secara purata telah beroperasi selama 14 tahun, demi menjamin keselamatan dan kelestarian operasi syarikat.

Beliau turut menjawab spekulasi yang menyatakan MAG ditekan untuk membeli tambahan 30 pesawat Boeing selepas rundingan tarif, dengan menyebut bahawa 30 pesawat tambahan itu hanya berada di bawah kategori “perancangan” dan belum dikonfirmasi.

“Opsyen extra 30 pesawat ini memang dah ada dalam pengumuman Mac, tapi belum diaktifkan. Jadi, siapa yang kata order extra 30 tu dah confirm sebab tekanan tarif, minta maaf, spekulasi anda jauh tersasar!” tegas beliau.

Tegasnya, keputusan MAG bukan dibuat secara tergesa-gesa atau atas tekanan, tetapi selaras dengan strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat penerbangan negara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat