Muhyiddin ada cukup SD di Istana Negara, namun tawar undian di Parlimen

- Advertisement -

CYBERJAYA – Undian usul percaya terhadap Perdana Menteri di sidang Dewan Rakyat September ini bukan atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, tetapi atas perkenan baginda terhadap  cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika diikut peraturan Muhyiddin tidak perlu pun mencadangkan kaedah ini. Kedudukan Muhyiddin pagi tadi tidak terjejas dengan surat penarikan sokongan lapan orang ahli Parlimen UMNO kepada Tuanku.

Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menasihati Muhyiddin agar meletak jawatan sekiranya ada ahli Parlimen lain membuktikan beliau ada cukup sokongan untuk menjadi Perdana Menteri. Namun ini tidak pernah berlaku.

Selalunya pertemuan pagi rabu adalah rutin sebelum mesyuarat kabinet. Namun setelah menonton sidang media UMNO semalam, Muhyiddin ke Istana Negara pagi tadi dengan persediaan berlainan.

Semalam, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan media bahawa beliau telah menghantar sejumlah surat akuan ahli Parlimen UMNO kepada Tuanku dengan menyatakan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin. Ahmad tidaj menyatakan jumlah tetapi menyatakan mencukupi untuk mnejatuhkan Perdana Menteri.

Muhyiddin hadir membawa 115 akuan bersumpah menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Semuanya ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Walaupun Ahmad Zahid tidak memaklumkan jumlah ahli Parlimen yang menarik sokongan, jumlah surat yang sampai kepada Tuanku ialah 8 orang. Daripada lapan orang tersebut terdapat empat orang yang turut menandatangani surat menyokong Muhyiddin.

Secara teknikal tiada sebab langsung untuk Tuanku menasihati Perdana Menteri untuk meletak jawatan. Tuanku dikatakan berpuas hati dengan penjelasan Muhyiddin namun melahirkan kebimbangan kemelut politik ini akan berpanjangan.

Atas sebab itu Muhyiddin mencadangkan supaya satu undian dilakukan di Parlimen September ini bagi mengesahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri. Ia mendapat perkenan dan restu Al-Sultan Abdullah.

Cadangan Muhyiddin ini bagi mengelakkan Istana Negara terus dijadikan medan menghantar akuan bersumpah dan surat menarik sokongan.

Dalam perbincangan tersebut juga Tuanku Al-Sultan Abdullah meminta Muhyiddin menumpukan kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 dan memulihkan negara.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat