Ahli Parlimen Maran Umum Sokong Muhyiddin, Zahir Taat Setia Kepada Agong

- Advertisement -

CYBERJAYA – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib hari ini mengumumkan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran selama empat penggal daripada UMNO berkata, pendirian tersebut adalah selaras seperti mana sokongannya kepada Perdana Menteri sebelum ini dan kerajaan kerana amanah dan tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.

Ismail turut menzahirkan penghargaan dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa.

“Sesungguhnya patik merafak sembah mohon menyembah taat setia patik yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dari dulu sehingga akhir hayat patik.

“Patik juga akan sentiasa menjaga dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu selagi nyawa dikandung badan.

“Patik turut menzahirkan sokongan penuh patik kepada Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Malaysia sebagaimana sokongan patik kepada Perdana Menteri sebelum ini dan juga kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ujar Ismail lagi, pemerintahan Al-Sultan Abdullah memberikan keinsafan kepadanya mengenai tanggungjawab yang dipikul dan segala sifat Yang di-Pertuan Agong mencerminkan bahawa Baginda seorang Raja yang berdaulat dan bermartabat tinggi.

“Keprihatinan Tuanku terhadap apa juga isu telah membuatkan rakyat jelata turut terdidik dengan sifat-sifat mulia dan berhemah tinggi,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat