Penduduk Temu Bom Lama Seberat 226 Kilogram Di Ladang Kelapa Sawit

- Advertisement -

BERA – Sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua jenis UXO Arial seberat 226 kilogram sepanjang 0.9 meter ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Triang 1 di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, bom itu ditemukan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja pembersihan di ladang sawit belakang rumahnya kira-kira pukul 3.30 petang.

“Bom berkenaan ditemukan separuh terkeluar dan dipercayai daripada bom lama kesan daripada Perang Dunia Kedua.

“Hasil penilaian mendapati bom jenis ini adalah berisiko untuk dialihkan dan hanya boleh dimusnahkan di tempat dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Mansor berkata, berdasarkan perancangan bom berkenaan dicadang untuk dimusnahkan esok selepas penduduk berhampiran dipindahkan ke kawasan selamat dan rumah paling hampir dengan bom berkenaan hanya dengan jarak 100 meter.

Katanya, penduduk berhampiran akan dipindahkan ke bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian semasa operasi memusnahkan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat