YADIM Sepatutnya Memudahkan Bukan Menyusahkan Kata Rora

- Advertisement -

CYBERJAYA- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dibidas kerana dikatakan menyusahkan golongan pendakwah di negara ini.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle atau lebih mesra dengan panggil Rora berkata, sebagai sebuah badan dakwah, YADIM seharusnya memudahkan kerja pendakwah dan bukan sebaliknya.

“Sebagai orang yang diberi amanah untuk menjaga badan dakwah sepatutnya pemimpin perlu berfikir bagaimana untuk memudahkan kerja dakwah. Bukan menyusahkannya dan menyulitkannya lagi.

“Setelah melihat kenyataan ini, saya kurang bersetuju dengan cadangan YDP Yadim yang baharu ini. Selain ia adalah idea lama, ia juga bukan bidang kuasa beliau kerana pentauliahan di bawah kuasa negeri,” katanya melalui satu muatnaik di laman Facebook sebentar tadi.

Rozaimi berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap kenyataan Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan yang mahu pendakwah yang aktif di media sosial untuk mendapatkan tauliah bagi memudahkan pihak berkuasa memantau penyampaiannya.

Dalam masa sama, beliau meminta agar pihak berkuasa mengurangkan karenah birokrasi.

Rozaimi kemudiannya secara sinis menyindir perlantikan Nasrudin sebagai Yang Dipetua.

“Walau bagaimana pun, elok juga cadangan beliau ini di mulakan dulu iaitu dengan mensyaratkan calon YDP YADIM dan staf YADIM mesti mendapat tauliah 14 negeri. Barulah namanya kepimpinan melalui tauladan,” katanya pula.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dilantik bagi menggantikan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Nasional (PAN), Nik Omar Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan itu pada 15 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat