Saman Umno Terhadap 7 MP Lompat Bersatu, Belum Selesai

- Advertisement -

CYBERJAYA: Peguam mewakili tujuh ahli parlimen Bersatu memaklumkan Umno belum menarik balik saman mereka terhadap kesemua anak guamnya yang menyertai PPBM tahun lalu.

Ashok Kandiah dalam kenyataannya kepada portal FMT berkata, Umno sebagai plaintif hanya mahu menarik balik tindakan saman berkenaan tetapi dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

Kata Ashok, tindakan yang perlu diambil oleh Umno adalah mengetepikan saman itu sepenuhnya sambil menarik balik tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula.

“Inilah masanya bagi Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada kes itu boleh ditarik dengan atau tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula,” katanya.

Ashok mewakili Mustapa Mohamed (Jeli), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Hamzah Zainudin (Larut), Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Shahbudin Yahaya (Tasek Gelugor) yang meninggalkan Umno pada tahun lepas untuk menyertai Bersatu.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengarahkan peguamnya untuk menggugurkan saman tersebut kerana kedua-dua parti itu berada dalam satu perikatan.

“Kami sekarang menjadi rakan politik,” katanya.

Tiga belas ahli Parlimen, termasuk 4 dari Sabah, sebelum ini telah menyertai Bersatu ketika parti yang diasaskan oleh Mahathir itu bersama dalam gagasan Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat