Siti Kasim Terkejut, Dakwa ‘Diserang’ Melayu Jahil Di Mesej FB

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kassim mendakwa ‘diserang’ golongan Melayu yang disifatkan sebagai jahil melalui applikasi mesej di Facebook.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kasim berkata, terkejut dengan tindakan tersebut.

“Jumlah penyalahgunaan mesej yang dihantar kepada saya melalui (applikasi FB)oleh orang Melayu yang jahil sangat mengejutkan!,” tulisnya di laman Facebook sebentar tadi.

Ekoran muatnaik tersebut, kenalan Siti Kasim menasihatinya agar membuang applikasi (mesengger) tersebut bagi mengelakkan perkara sama berulang di masa hadapan.

“Bagaimana caranya untuk membuang applikasi tersebut? Saya telah mencubanya namun ia tidak berhasil,” balasnya.

Malah ada yang meminta dia untuk memuatnaik tangkap layar mesej tersebut untuk dijadikan tatapan umum.

“Saya akan berkongsi sebahagian daripada mesej tersebut apabila ada masa nanti,” jelasnya lagi.

Siti Kasim sebelum dikecam pengguna laman sosial kerana dilihat sering mengeluarkan kenyataan kontorversi terutama yang melibatkan Islam dan Melayu.

Polis pada 24 Jun lalu berkata sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap kenyataan Siti Kasim yang dikatakan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan kemarahan.

“Kertas siasatan sedang dijalankan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik ia dilengkapkan.

“Siasatan sudah dimulakan pada 27 Mei lalu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini, sebanyak 113 laporan polis sudah diterima berkaitan kenyataan Siti Kasim bertajuk ‘Pis Way Of Dealing With A Problem’.

Dia disiasat berhubung dakwaan menggesa kerajaan mengharamkan sekolah tahfiz di negara ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat