CYBERJAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San perlu segera kosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang setelah 14 hari Ketua Pembangkang Negeri Selangor Dato Seri Azmin Ali menyerahkan notis kekosongan luar jangka kerusi kepadanya.
Menurut Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional, Fariz Hadi, tiada sebab untuk Speaker DUN Selangor melengahkan keputusan tersebut kerana iaitu bukanlah satu insiden luarbiasa.
Jelas Fariz, Speaker DUN Selangor boleh merujuk kes yang sama di Negeri Kelantan dimana Speaker DUN Kelantan juga telah mengosongkan kerusi Dun Nenggiri apabila menerima notis daripada pimpinan parti.
Katanya lagi, ia selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Seksyen 65(3) yang menyatakan bahawa speaker mesti memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sebarang kekosongan luar jangka kerusi dalam tempoh 21 hari.
“Sidang DUN Selangor telah bermula harini. Setelah hampir 14 hari Ketua Pembangkang Negeri Selangor Dato Seri Azmin Ali menyerahkan notis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri bagi Dun Selat Kelang maka tinggal lagi kurang 7 hari bagi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menoktahkan keputusan bagi mengosongkan kerusi tersebut dengan segera.
“Tiada sebab untuk Speaker DUN Selangor melengahkan keputusan tersebut kerana iaitu bukanlah satu insiden luarbiasa. Speaker DUN Selangor boleh merujuk kes yang sama di Negeri Kelantan dimana Speaker DUN Kelantan juga telah mengosongkan kerusi Dun Nenggiri apabila menerima notis daripada pimpinan parti.
“Ianya juga selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Seksyen 65(3) yang menyatakan bahawa speaker mesti memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sebarang kekosongan luar jangka kerusi dalam tempoh 21 hari. Seksyen 65(1)(a)(ii) Perlembagaan Negeri Selangor, yang menyatakan bahawa seorang ahli DUN mesti mengosongkan kerusi mereka jika mereka meninggalkan parti politik mereka,” katanya menerusi kenyataan media beliau, pada Khamis.
Ujar Fariz lagi, Speaker DUN Selangor perlu menghormati keputusan dari parti BERSATU & PERIKATAN NASIONAL demi meraikan demokrasi dalam masa yang sama menghormati perlembagaan di negeri ini.
Ianya selaras dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti bermula tahun 2022 dimana usul tersebut dibawa sendiri oleh DS Amiruddin Shaari Menteri Besar Selangor.
“Jangan memangsakan rakyat di DUN Selat Klang yang telah membuat pilihan dalam pilihanraya tapi akhirnya mandat itu dikhianati oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
“Maka pengundi di DUN Selat Klang berhak diberikan peluang mengundi semula bagi memilih pemimpin dari parti mana yang menjadi pilihan mereka demi mewakili mereka di Dewan Negeri Selangor,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San.
Notis itu diserahkan Mohamed Azmin kepada Weng San di pejabatnya di Wisma DUN Selangor, kira-kira jam 2.55 petang pada 21 Jun lepas.
Penyerahan notis itu dibuat menurut Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ketika mengadakan pertemuan dengan Weng San.
Sebelum ini, enam ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan MPT untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.