Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik MARA tingkat motivasi pendidik – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik MARA bagi memfokuskan penguasaan kandungan pengajaran dan kepimpinan dikalangan pendidik.

Beliau berkata seramai 19 pendidik Mara yang cemerlang telah dipilih untuk mengikuti latihan tersebut di China bermula dari bulan ini hingga September.

“Pendidik yang berpotensi akan menjalani latihan-latihan akademik dan praktikal sama ada di dalam atau di luar negara.

“Antara kursus-kursus yang akan didedahkan kepada para guru termasuklah pedagogi inovatif, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan bidang kepimpinan pendidikan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara 2024, di sini, hari ini.

Beliau berharap agar skim baharu ini, dapat memberi pendedahan kepada 9,800 pendidik Mara dan terus memberi motivasi untuk mempertingkatkan prestasi.

“Mara akan melihat keberkesanan penghantaran kumpulan pertama yang mengikuti skim latihan tersebut sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Lepas kumpulan pertama ini, kita akan lihat dan gunakan dana dalaman untuk menghantar lebih ramai para pendidik untuk mengikuti skim latihan yang sama.

“Berkenaan kos, setiap tempat berbeza bergantung kepada negara.

“Tetapi Mara akan sesuaikan dengan bajet yang ada dengan universiti mana yang tawarkan latihan tersebut,” katanya.

Antara negara utama yang akan dijadikan sebagai lokasi latihan adalah University Of Helsinki, Finland, Universiti of Tokyo, Jepun dan Technical University of Munich, Jerman.

Ini termasuk dua lagi universiti lain adalah National Institute of Education, Nanyang Technology University, China dan University of Havard, Amerika Syarikat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat