KeDESA tawar 10 ribu pelajar bumiputera lanjut pengajian – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Seramai 10,000 pelajar bumiputera kurang berkemampuan di kenal pasti dalam tempoh 3 hingga 6 bulan
untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi melalui program Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa MADANI (KeDESA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program ini diadakan bertujuan membantu mereka yang ingin menyambung pelajaran sekaligus diberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan.

“Program itu juga sekaligus menjadi perantara kepada pelajar dan institusi pendidikan untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berkemahiran.

“Pihak KeDESA akan mengembara ke 40 kawasan luar bandar dan pendalaman di seluruh pelusuk tanah air.

“Disini saya memohon supaya agensi-agensi yang terlibat untuk membantu Program KeDESA ini.

“Seterusnya merealisasikan objektif mereka iaitu mencari 10 ribu anak-anak Bumiputera dalam tempoh 3 hingga 6 bulan untuk dibantu bagi menyambung pelajaran dan diberi kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan,” katanya pada Majlis Pelepasan KeDESA di sini, hari ini.

Program berkenaan akan dikendalikan oleh Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM) selama tiga bulan sehingga September di 40 kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Turut hadir di Majlis berkenaan ialah Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Penasihat GPBM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Bersama KeDESA, Datuk Nurul Hidayah Zahid.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat