PRK Chini: Najib Ucap Selamat Mengundi

- Advertisement -

PEKAN: Sempena proses pembuangan undi bagi memilih wakil rakyat baru DUN Chini hari ini, Pengarah Pilihan BN untuk PRK Chini merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengucapkan penghargaan kepada pengundi dan petugas dalam pilihanraya kecil ini.

Kata Najib, “Selamat mengundi kepada warga Chini dan selamat bertugas kepada semua petugas PRK kali ini.

Najib turut menyeru kepada pengundi agar memilih calon dan parti yang diyakini mampu membela kebajikan dan nasib rakyat.

“Kuasa menentu di tangan rakyat”, kata Najib di akhir hantaran dalam laman Facebooknya.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

DUN Chini mempunyai seramai 20,990 orang pengundi dan Suruhanjaya Pilihanraya meramalkan seramai 70% daripada mereka akan menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

PRK ini adalah yang pertama diadakan dalam keadaan norma baru berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat