ECRL Mampu Ransang Pertumbuhan Ekonomi Terengganu – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer menghubungkan Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan yang dijangka siap akhir tahun 2026, bakal merangsang pertumbuhan ekonomi Terengganu terutamanya dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pagi tadi.

Tambah beliau lagi, limpahan hasil pendapatan minyak telah membolehkan Terengganu juga membantu membangunkan sektor-sektor lain termasuk
sektor pelancongan yang disokong oleh keindahan alam semula jadi, selain populariti variasi makanan tradisi.

Justeru, kerajaan jelasnya telah memperkenalkan kempen ‘Beautiful Terengganu’, yang diyakini mampu menarik kedatangan tiga juta pelancong pada tahun sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Selain itu, Kerajaan turut mewartakan pintu masuk Pelabuhan Silica di Setiu yang kini menjadi laluan tambahan kemasukan para pelancong luar dalam usaha untuk merancakkan pembangunan di kawasan yang terlibat.

Untuk menangani masalah mendapan pasir yang mencetekkan laluan bot ke jeti Pelabuhan Chendering akibat hakisan benteng pemecah ombak disebakan oleh musim tengkujuh pula, Perdana Menteri menjelaskan bahawa sejumlah RM343 juta diperuntukkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi pemuliharaan muara sungai dan hakisan pantai di daerah Setiu, Kemaman, Dungun dan Marang yang dijangka selesai pada bulan Januari 2025.

Selain itu, terdapat juga 79 projek baharu di negeri itu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM914.79 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 42 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 19 projek berstatus pra bina.

Bercakap tentang JAKM peringkat Negeri Terengganu hari ini, Perdana Menteri mendedahkan bahawa program Jamin Kerja yang merupakan komponen wajib dalam setiap penganjuran JAKM, telah berjaya meujudkan lebih 13 ribu peluang pekerjaan yang ditawarkan 89 majikan. Ini sekali gus membolehkan Keluarga Malaysia di negeri ini dipadankan dengan pekerjaan yang sesuai.

JAKM peringkat Negeri Terengganu adalah siri jelajah ke 4 yang diadakan setelah JAKM di Johor, Perlis dan Sabah. Program ini bagi menjelaskan kepada rakyat tentang konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri sejak 22 Ogos 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat