Perkasa Jentera PRU15, Ketepikan Perbezaan Pendapat – Salleh Said

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pemimpin Barisan Nasional (BN) disaran memfokuskan usaha ke arah memperkukuhkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mengetepikan segala perbezaan pendapat mengenai bila Parlimen wajar dibubarkan, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Sudah sampai masanya BN bersiap sedia dari segi mental mahupun fizikal untuk menghadapi PRU15. Jentera Barisan Nasional (BN) ibarat pahlawan di barisan hadapan sedia untuk ‘berperang’.

“Gerak kerja jentera perlu terus melangkah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob yang tidak menolak bila-bila masa saja PRU akan diadakan.

“Tidak perlu antara kita bercakaran dan bertikam lidah tentang bila waktu terbaik pilihan raya diadakan. Fokus utama kita persediaan rapi untuk memastikan maklumat mengenai kebaikan dan jasa BN kepada pembangunan negara sampai ke telinga rakyat,” katanya, menerusi satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, pemimpin tertinggi parti juga sudah pun menyeru supaya semua bersedia bertempur dalam PRU15 untuk tawan sepenuhnya Putrajaya.

“Ternyata selepas berdekad memerintah dasar BN lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN).

“Rekod pentadbiran PH selama 22 bulan telah dikecam pelbagai pihak. Selain perancangan PN yang kurang berkesan.

“Maka, wajar untuk BN mendapatkan kemenangan majoriti agar kestabilan dan dasar ekonomi yang kukuh.

“Saya yakin, rakyat dapat menilai pentadbiran PH yang memberi kesan kepada ekonomi negara selain tidak mempunyai dasar polisi yang kukuh,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, meskipun setiap pilihan raya ada pelbagai risiko, namun keyakinan dengan jentera parti yang kuat dan bersiap sedia, ia bakal menyumbang sekurang-kurangnya 50 peratus kemenangan.

“Maka, penting untuk pemberian tugas yang sistematik, kempen berkesan, peraih undi yang bekerja keras selain setiap akar umbi memanfaatkan penggunaan media sosial.

“Jentera BN perlu kerja berpasukan, berdisiplin dan teruskan kesetiaan kepada parti. Siapkan mental dan fizikal untuk ‘berperang’,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat