Pahang Tambah Peruntukan BPP Fasa 2 Sebanyak RM9.3 Juta – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menambah peruntukan Bantuan Prihatin Pahang Fasa 2 berjumlah RM9.3 juta dan menjadikan keseluruhan jumlah peruntukan fasa 1 dan 2 adalah sebanyak RM17.1 juta, kata Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya lagi, pemberian fasa 2 ini akan dilaksanakan secara bersasar-sasar kepada rakyat negeri Pahang terutamanya yang terputus mata pencarian ekoran penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Dengan ini, RM17.1 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan BPP COVID-19 Secara Bersasar di bawah kedua-dua Fasa 1 dan Fasa 2.

“Di bawah Fasa 1 yang saya umumkan 24 Mei lepas, nilai peruntukannya ialah RM7.8 juta, ada yang telah pun diagih-agihkan manakala bagi golongan miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU), dan warga emas melebihi 80 tahun yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), akan diagihkan bermula minggu depan.,” kataya pada kenyataan media.

Menurut Wan Rosdy, peruntukan besar yang Kerajaan Negeri sediakan ini tentunya bukti dan tanda mengambil kisah dan mengambil berat Kerajaan Negeri ke atas kemaslahatan rakyat, apatah lagi dalam menghadapi tempoh yang sukar sekarang.

Ia juga disediakan adalah menurut kemampuan kewangan Kerajaan Negeri ketika ini.

“Sepertimana inisiatif-inisiatif bantuan yang Kerajaan Negeri berikan sebelum ini, BPP COVID-19 Secara Bersasar Fasa 2 ini, masih dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan menerusi penyerahan bakul makanan.

“Bak kata orang tua-tua – ‘Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada’. Begitulah juga saya harapkan pemahaman oleh para penerima kepada bantuan dan sumbangan yang diberi menerusi peruntukan ini,” ujar beliau.

Jelas beliau, antara golongan yang akan memanfaatkannya di bawah Fasa 2 ini ialah pengusaha bot dan pemandu pelancong, operator kantin harian sekolah dan pekerjanya, penyedia perkhidmatan penghantaran, pemandu e-hailing, serta sukarelawan di Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Begitu juga kepada masyarakat Orang Asli menerusi Batin mereka, serta penduduk di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB), ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia serta para penggiat seni.

“Saya telah meminta agar pengagihan sebenar BPP COVID-19 Secara Bersasar Fasa 2 ini dapat dilaksanakan sesegera mungkin agar bakal-bakal penerima dapat memanfaatkannya dalam kadar segera juga, In Sya Allah.” Katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat