4,000 Bakal Jemaah Mungkin Tunaikan Haji Tahun Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkemungkinan besar hanya menghantar sejumlah 4,000 bakal jemaah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah fardu itu pada musim ini.

Melalui program Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1 semalam, beliau menjelaskan kuota untuk setiap negara telah dikurangkan dan pihaknya masih menanti maklum balas dari Arab Saudi dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, setakat ini, pihak Tabung Haji sudah menyenaraikan 4,000 orang untuk layak menerima vaksin Covid-19 dan dijangka pergi ke Tanah Suci dalam masa terdekat.

“Kita masih menunggu jawapan rasmi. Itu amalan biasa setiap tahun. Saya ada kan perbincangam hampir setiap minggu. Lawatan saya baru-baru ini ke Arab Saudi, jika ada haji tahun ini berdasarkan situasi pandemic Covid , kemungkinan besar dikurangkan jumlahnya. Berdasarkan apa yang disebut pengambilan vaksin mesti bagi mereka yang ingin ke Makkah”, katanya

Dalam pada itu beliau berharap bakal jemaah yang sudah divaksin agar bersiap sedia kerana Arab Saudi dijangka menambah protokol kesihatan dengan pematuhan prosedur operasi standard yang lebih ketat.

Ini termasuk hanya membenarkan jemaah yang cukup sihat berusia antara 18 hingga 60 tahun selain telah menerima imunisasi sama ada vaksin jenis Pfizer atau AstraZeneca sahaja setakat ini.

“Kita bina SOP sebagaimana pelaksanaan itu perlu mengikut SOP yang sebenar. Kita berdoa kepada allah tahun ini ada wakil rombongan.

“4 ribu itu jumlah tepat. Tahun ini sepatutnya ada, kita ambil ikut penggiliran dan berdasarkan syarat. Masih lagi antara 18-60 tahun, selamat dari penyakit yang berat, melalui swab test dan vaksin. Semua ini perlu pengakuan dan kesahihan hal-hal itu”

“Saya menaruh keyakinan Malaysia tidak akan menangguhkan penghantaran jemaah seperti tahun lalu dan berharap supaya ada juga dihantar walaupun sedikit bilangannya,” kata Zulkifli.
Zulkifli sebelum itu memberi bayangan kebarangkalian Tabung Haji tidak dapat menghantar 31,600 bakal jemaah pada kali ini disebabkan pelbagai syarat ketat ekoran wabak Covid-19 masih belum reda.

Tahun lalu Malaysia tidak dapat menghantar bakal jemaah haji ekoran penutupan pintu sempadan antarabangsa oleh kerajaan Arab Saudi bagi mengekang penularan kes Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat