SAMM Melaka Tawar Habuan RM5,000 Cari Wanita Dan Perakam Terkait Skandal Seks Exco

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka menawarkan RM5,000 kepada
sesiapa yang yang dapat membantu menemukan wanita yang terkait skandal seks Exco Melaka dan perakam video bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Penyelaras SAMM Melaka Zamri Abu Bakar berkata, individu yang dapat menemukan wanita terkait dalam pendedahan tersebut akan diberikan RM3,000 manakala perakam akan menerima habuan RM2,000.

“Sesiapa sahaja boleh hubungi saya dengan whatsapp https://wa.me/60182723505.

“Kes ini sangat serius namun sangat kecewa dengan sikap ketua Menteri Melaka yang dilapor media tidak peduli perkara ini betul atau salah.

“Malah ini merupakan ujian litmus Kerajaan Madani di mana setakat ini ternyata gagal kerana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri membisu seolah-olah melindungi apa terjadi,” dakwa Zamri dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

IMG 20230504 WA0003

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan berdasarkan maklumat terbaru yang diterima dakwanya salah seorang kakitangan Exco Melaka terbabit yang dikatakan berada di dalam kereta ketika rakaman curi itu diambil telah meninggal dunia selepas kes berkenaan terdedah.

“Selain itu, kami juga menerima maklumat ada kakitangan Exco terbabit juga telah diugut berkaitan pendedahan ini,” ujarnya lagi.

Menurut Zamri, khabar angin seperti ini tidak sangat sihat lebih lagi terkait pemimpin kerajaan. PDRM wajib melakukan siasatan segera.

Sebelum ini Zamri mendakwa ada banyak bukti didedahkan menerusi media sosial mengaitkan Exco berkenaan yang didakwa membayar sehingga RM15,000 sebulan bagi mendapatkan khidmat seks dari seorang wanita..

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat