Mangsa Mercun Harap Kenangan Pahit Jadi Iktibar Kanak-Kanak, Remaja

KUALA TERENGGANU: Setiap tahun ketika Ramadan pasti kes kecederaan akibat bermain mercun akan berlaku dan lazimnya menjadi mangsa ialah kanak-kanak dan remaja.

Kesan kecederaan seperti buta, kehilangan jari dan kebakaran pada tubuh pasti meninggalkan kesan mendalam buat mereka.

Menurut bekas mangsa akibat mercun, Ahmad Bukhori Ismail, tahun 2004 meninggalkan kenangan pahit buat dirinya selepas menjadi mangsa bahan letupan itu.

Mengimbas kembali detik hitam itu, Ahmad Bukhori, 34, berkata, dia terkena serpihan mercun yang dibaling kawan sewaktu ingin ke dewan peperiksaan bagi mengambil kertas 2 Pendidikan Islam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ledakan serpihan mercun bola itu menyebabkan bebola mata kirinya cedera teruk dan dia dikejarkan ke klinik sebelum menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ahmad Bukhori berkata, lebih memilukan selepas dimaklumkan matanya tidak dapat diselamatkan lagi dan sehingga kini dia menggunakan mata palsu yang dibuat daripada batu.

Justeru itu dia berharap ibu bapa memantau anak-anak mereka daripada bermain mercun bagi mengelak kecederaan dan juga dikhuatiri kanak-kanak tersebut membaling mercun ke arah orang lain.

“Tengoklah anak-anak agar menjauhi benda-benda larangan seperti bermain mercun, kalau tidak kena, mungkin terkena gurauan akibat dibaling orang

“Macam saya pernah kena pada anggota yang paling berharga,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Bukhori berkata, ekoran kejadian itu dia terpaksa bergantung hanya dengan mata kanan untuk melihat dan kekurangan itu menyukarkanya mencari pekerjaan tetap sehingga sekarang.

Meskipun larangan bermain mercun sering kali dikeluarkan khususnya pada bulan Ramadan namun bahan letupan itu dilihat masih mudah diperolehi termasuk di bazar Ramadan.

Ada yang mendakwa peniaga ini mengambil kesempatan daripada kebenaran menjual bunga api dengan turut menawarkan mercun pelbagai jenis kepada pelanggan.

Kegiatan itu juga sukar dikesan kerana mereka dipercayai bijak menyembunyikan mercun sebaik sahaja mendapat maklumat kehadiran anggota penguatkuasa.

– Astro Awani

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...