Seramai 475 Penyelia Takmir, Guru Takmir Dan Penyelia KAFA Terima Bantuan Prihatin Pahang RM500

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang memberi sumbangan secara ‘one-off’ Bantuan Prihatin Pahang sebanyak RM500 kepada 475 orang terdiri daripada Penyelia Takmir, Guru Takmir dan Penyelia KAFA.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian tersebut  meliputi 15 orang Penyelia Takmir, 420 orang Guru Takmir dan 40 orang Penyelia KAFA.

Kata Wan Rosdy, pemberian tersebut susulan persetujuan keputusan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 14 April lepas, beliau berkata demikian selepas melakukan penyerahan Bantuan Prihatin Pahang, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad, Shah, di sini, hari ini.

“Pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 14 April lepas menetapkan pemberian Bantuan Prihatin Pahang secara ‘one-off’ RM500 seorang kepada 420 orang Guru Takmir, 15 orang Penyelia Takmir dan 40 orang Penyelia KAFA.

“Dalam majlis ini juga, saya menyerahkan kenderaan jenis Proton X70 dan Proton Ixora bagi kegunaan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri,” katanya lagi.

Beliau berharap bantuan yang diserahkan ini dapat digunakan sebaiknya dan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mereka, In Sya Allah. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat