Pelantar minyak Velesto ‘Naga 7’ tenggelam, 101 krew selamat : Laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu.

Menurut sumber, insiden berlaku pada petang Isnin.

Kesan daripada kerosakan pada kaki sokongan pelantar itu, pada awalnya ia mengakibatkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.

Memetik laporan portal The Star, kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.

Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan.

Punca dan nilai kerosakan sedang disiasat.

Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up’ dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.

Nota: Pelantar Velesto Naga 7 yang tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan – Gambar/Facebook Ng Lin Zhi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat