Madonna bahagia, berkasih lelaki muda

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Madonna, 62, tayang kemesraan bersama kekasih barunya, Ahlamalik Williams, 27, sewaktu hadir menyokong perlawanan bola sepak anaknya David, baru-baru ini.

Pasangan itu kelihatan berpegang tangan dan sukar berenggang sepanjang acara terbabit sambil bersorak untuk David, 15, bersama rakan-rakan keluarganya yang lain.

Williams juga ternyata diterima baik keluarga Madonna apabila dilihat cukup rapat dengan mereka. Bahkan, dia sempat memberi pelukan buat David selepas perlawanan itu tamat.

Madonna dan Williams dilaporkan sudah berkenalan sejak Jun 2018. Bagaimanapun, bapa Williams iaitu Drue mendakwa mereka cuma mulai bercinta pada 2019.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan penyanyi terbabit selepas mereka mulai menjalin cinta. Dia menyifatkan hubungan pasangan terbabit berada di fasa yang serius.

Drue juga tiada sebarang tentangan terhadap hubungan itu, meskipun mereka dipisahkan dengan jurang usia 36 tahun. Dia juga cukup yakin Madonna memang jujur cintai anaknya.

Penyanyi Like A Prayer itu sememangnya tidak asing lagi kerap bercinta dengan lelaki lebih muda. Sebelum ini, dia pernah menjalin hubungan dengan Brahim Zailbat yang ketika itu berusia 23 tahun, Timor Steffens, 26, dan Kevin Sampaio, 31.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat