23 Kematian, 3,120 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,120 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan terkini ialah sebanyak 420,632 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal tertinggi dengan 675 kes baharu positif COVID-19.

Ia diikuti dengan Sarawak dengan 620 kes, Kuala Lumpur (408), Johor (336) dan Kelantan (296).

Tiga lagi negeri yang merekodkan lebih tiga angka adalah Pulau Pinang dengan 167 kes, Kedah (155) dan Perak (117).

Hanya Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif COVID-19 pada 4 Mei.

Daripada 3,120 kes baharu itu, 3,114 merupakan kes penularan tempatan iaitu 2,918 warganegara dan 196 bukan warganegara, manakala baki enam kes adalah kes import dengan satu warganegara dan lima bukan warganegara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 31,516 dengan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi sebanyak 338 dan 181 pesakit menerima alat bantuan pernafasan.

Beliau juga menjelaskan, jumlah kes sembuh pada 4 Mei adalah sebanyak 2,334 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 387,542 kes.

Pada 4 Mei, sebanyak 23 kematian direkodkan dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 1,574 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat