Kementerian Digital Salur Komputer Riba, Telefon Pintar, dan Tablet Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

- Advertisement -

PETALING JAYA: Kementerian Digital mengumumkan bantuan khas berupa peranti elektronik kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights bagi membantu mereka meneruskan kehidupan selepas insiden tersebut.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata kementeriannya akan menyediakan 100 unit komputer riba, 100 unit telefon pintar, dan 100 unit tablet untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas. Selain itu, 500 unit power bank turut disediakan kerana banyak peranti milik mangsa rosak atau hilang dalam kebakaran itu.

Menurut Gobind, mangsa boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan peranti ini melalui pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, S Preakas.

“MyDigital Corporation juga akan bekerjasama dengan pejabat Menteri Besar Selangor serta Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor untuk membangunkan platform dalam talian bagi memberikan maklumat terkini kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu mangsa kebakaran ini.

“Saya juga mengambil kesempatan ini merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak bertungkus lumus membantu mereka yang terjejas dengan insiden ini.

“Kementerian Digital dan agensinya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak terjejas. Menjadi harapan kami mangsa cedera akan pulih secepat mungkin dan mereka yang mengalami kerugian menerima bantuan diperlukan pada masa sukar ini,” katanya.

Usaha ini diharap dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih lancar, terutama dalam aspek komunikasi dan akses kepada maklumat penting selepas tragedi tersebut.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat