“Sebagai pemimpin kita tidak boleh berterusan menghasut rakyat”- Nik Nazmi beritahu Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu Dr Akmal Saleh kesunggguhan Ketua Pemuda Umno itu dalam isu stoking kalimah Allah bukanlah cara terbaik memperkenalkan diri ke medan politik kerana ia tidak akan bertahan lama.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu sebaliknya berkata, sikap agresif Akmal terhadap isu ini telah mengundang sikap ekstrem sesetengah individu – termasuklah insiden bom petrol di baling ke beberapa kedai KK Mart.

“Nasihat saya kepada Akmal selaku bekas Ketua Pemuda Parti, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama.

“Carilah isu yang benar-benar kritikal dan menguntungkan rakyat,” bidas Nik Nazmi.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga berkata, Akmal Saleh secara berterusan memainkan isu stoking tertera kalimah Allah sebagai modal politik.

“Islam agama yang menjunjung keadilan, namun turut menekankan sikap rahmah.

“Menggunakan sentimen agama untuk membakar nafsu amarah, menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat ketika beberapa insiden keganasan sudah berlaku – adalah tindakan yang tidak menguntungkan sesiapa.

“Sebagai pemimpin kita tidak boleh berterusan menghasut rakyat, tetapi apabila berlaku insiden tidak diingini kita cuba pula cuci tangan tanpa rasa tawadduk dan kesediaan bermuhasabah,” nasihat beliau.

Pun begitu Nik Nazmi mengakui impak insiden ini “ya, tindakan KK Mart telah menggores hati umat Islam”.

“KK Mart telah melakukan permohonan maaf secara rasmi dan menjelaskan apa yang berlaku. Pada masa yang sama, Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew Mui, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kepada semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu stoking tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.

“Sepatutnya Akmal menghayati titah Yang di-Pertuan Agong dan berhenti menggunakan isu ini sebagai modal politik,” katanya.

Ujar Nik Nazmi lagi, mempergunakan isu ini secara berterusan tidak akan memberikan keuntungan kepada sesiapa.

“Pada masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Dr Chai Kee Kan di Istana Negara untuk mendengar penjelasan berkaitan isu ini.

“Pimpinan Umno juga telah meminta Akmal berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat