Tunggulah tindakan, mereka ‘belum selamat’ – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bersatu akan menunjukkan bukti untuk mengesahkan enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim melanggar perlembagaan parti yang memerlukan mereka mengosongkan kerusi masing-masing.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kedudukan mereka “belum selamat” seperti didakwa Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, sambil menegaskan Bersatu akan bertindak berpandukan undang-undang, selain membuktikan kesalahan.

Hamzah bagaimanapun enggan mendedahkan tindakan Bersatu seterusnya termasuk bukti yang akan ditampilkan, dan berkata: “Seronoklah kalau orang lakukan kesalahan tahu Tok Hamzah nak kutip dia ikut pintu belakang.”

“Kalau orang itu melakukan kesalahan, saya takkan bagitahu dia pintu mana yang saya nak kutip dia.

“Tunggulah bila kita tunjuk bukti-bukti yang jelas,” lapor FMT.

Hamzah mengulas dakwaan Suhaili bahawa beliau dan lima lagi Ahli Parlimen Bersatu yang beralih menyokong Anwar tidak perlu mengosongkan kerusi walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

Dakwanya, ini kerana pindaan itu hanya berkuat kuasa 1 Apr sedangkan mereka menyatakan sokongan kepada Anwar sekitar Oktober hingga Januari lalu.

Mesyuarat agung khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan terhadap perkara 10 perlembagaan yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Jika itu terjadi, mereka perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Selain Suhaili, turut menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Hamzah menegaskan bukan kuasa Suhaili menentukan selamat atau tidak daripada mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket Perikatan Nasional (PN).

“Beliau hendak dakwa selamat biarlah tetapi yang akan tentukan bukannya dia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat