Foo Fighters ‘sapu’ tiga trofi Grammy Awards

- Advertisement -

Las Vegas: Kumpulan rock popular, Foo Fighters yang kehilangan pemain dramnya, Taylor Hawkins yang meninggal dunia baru-baru ini, menang tiga trofi di Grammy Awards 2022, hari ini.

Foo Fighters memenangi kategori Album Rock Terbaik menerusi album Medicine At Midnight, Lagu Rock Terbaik (Waiting On A War) dan Persembahan Rock Terbaik (Making A Fire).

Penyampai anugerah itu, Jim Jam menerima trofi bagi pihak Foo Fighters yang tidak dapat hadir kerana masih berkabung dengan pemergian Hawkins.

Mendiang mencipta lagu Making A Fire bersama penyanyi dan pemain gitarnya, Dave Grohl.

Pada 25 Mac lalu, Hawkins, 50, dilaporkan meninggal dunia di Colombia sebelum sempat menjayakan persembahan di sebuah festival, di sana.

Menurut pihak berkuasa tempatan, ambulans dihantar ke sebuah hotel selepas seorang lelaki dilaporkan mengalami sakit dada.

Dia tidak bertindak balas terhadap bantuan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil siasatan, jenis dadah ditemui dalam tubuhnya namun tidak dapat dipastikan sama ada ia menjadi punca kematian Hawkins.

Foo Fighters sepatutnya membuat persembahan di Grammy Awards hari ini, tetapi ia digantikan dengan segmen ‘tribute’ buat pemain dram mereka itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat