COVID-19: Nilai R-naught Negara Meningkat 1.02, Perak Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1.02 pada Sabtu berbanding 0.97 hari sebelumnya.

Nilai ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.5.

Negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 ialah Perak, Pahang, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Sarawak dan Melaka.

Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Perlis menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai sifar kes COVID-19.

Sebanyak lima buah negeri dan wilayah mencatatkan kadar RT melebihi purata kebangsaan.

Kadar kebolehjangkitan kebangsaan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan PKP mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat