‘Takkan Nak Polis Bersuara Macam Doraemon?’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan membuka siasatan terhadap anggota polis yang meninggikan suara ketika menjalankan tugas sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Dalam hantaran di laman Facebook miliknya, Najib turut menasihatkan semua pihak agar tetap tenang dalam situasi yang sentiasa memberi tekanan ketika ini.

Tambahnya, semua pihak perlu bertoleransi dengan semua pihak dalam melawan wabak Covid-19 ini.

“Polis tinggi suara pun kena siasat?

“Takkan nak polis bersuara macam Doraemon semasa menguatkuasakan PKP apabila orang yang disiasat meninggikan suara?

“Saya tahu ramai tengah tension(tertekan) masa krisis Covid ini.

“Tapi kita semua perlu cool(tenang) dan bertoleransi kerana kita sedang bersama-sama melawan musuh Covid,” katanya.

Terdahulu, satu klip video menjadi tular menunjukkan anggota polis meninggikan suara terhadap seorang lelaki yang diperiksa ketika sekatan jalan raya di Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan bagaimanapun berkata, semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu sudah diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Hasil siasatan yang dilakukan, pihak polis mendapati tiada perlanggaran disiplin berlaku.

Insiden itu hanya menggambarkan terdapat segelintir orang awam yang masih tidak faham penguatkuasaan sedang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lebih ketat, tambah Ismadi Borhan. -SuaraTv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat