Khemah Polis Roboh Dilanda Ribut

- Advertisement -

SUNGAI BULOH – Sekumpulan anggota polis terpaksa bermandi hujan apabila khemah yang digunakan sebagai tempat berteduh roboh dilanda ribut dalam satu kejadian disini, petang tadi.

Kejadian tersebut berlaku di tol susur keluar Hospital Sungai Buluh ketika sekumpulan anggota polis yang bertugas dalam Ops Penawar Covid-19 bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kesiannya, di waktu panas mereka berpeluh, bila hujan lebat mereka basah, bila ribut khemah mereka bertaburan.

“Bila tahan kereta mereka dimaki, bila suara tinggi,orang awam komplen di sana dan sini, bila komplen pegawai tinggi tak menyebelahi.

“NGO pulak sibuk soal hak asasi, sedangkan mereka juga sudah penat berdiri. Mereka juga ada keluarga di rumah yang menanti. Mereka juga seperti kita ada perasaan dipendam dalam hati.

“Mereka cuma mencari rezeki dan pada negara mereka berbakti. Hormatilah mereka, kasihanilah susah payah mereka, hargailah pengorbanan mereka,” rintih salah seorang pengguna media sosial sebentar tadi.

Luahan hari itu dipercayai merujuk kepada sikap segelintir masyarakat yang saban hari menyalahkan pihak polis kerana bertindak tegas. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat