KKM Khuatir Kes Import Cetus Gelombang Ketiga Covid-19

- Advertisement -

Kepulangan rakyat Malaysia dari luar negara dibimbangi membawa kepada kes import koronavirus baharu (Covid-19) yang berupaya mencetuskan peningkatan mendadak jangkitan wabak itu pertengahan bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia cabaran yang perlu dihadapi Kementerian Kesihatan (KKM) memandangkan mereka yang pulang ini dibimbangi membawa sekali wabak itu.

Menurutnya, melalui Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), jumlah kemasukan mungkin sekitar 8,000 orang dan disebabkan itu sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini akan disaring,

“Saya bimbang jika kes import ini tidak dikendalikan dengan baik akan menyebabkan peningkatan kes positif Covid-19.

“Tambahan pula, pelajar dan pekerja di luar negara yang ingin pulang, kemungkinan membawa wabak itu sekali,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, disebabkan itu mereka yang pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak peningkatan positif Covid-19 daripada kes import.

“Kita kena kawal risiko kes import ini bagi mengelak ramalan peningkatan kes menjelang pertengahan bulan ini tidak menjadi kenyataan.

“Berhubung hotel dijadikan tempat kuarantin ia berada di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ada senarai hotel dikenal pasti dijadikan tempat kuarantin.

“Mereka yang pulang ke negara ini jika tidak ada gejala akan dipindahkan ke hotel itu tetapi yang ada gejala Covid-19 akan ditahan dan disaring sebelum ditempatkan di hospital jika positif,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat