Tengku Hassanal sangat laju dan fit, berjaya tawan Bukit Kertau dalam masa 21 minit

- Advertisement -

MARAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya menawan Bukit Kertau di Maran dalam masa 21 minit.

Ketinggian Bukit Kertau 266 meter atau 843 dari paras laut.

Menurut Exco Komunikasi, Belia dan Sukan, Badan-badan Bukan kerajaan Negeri Pahang, Tuan Fadzli Kamal, Tuanku Mahkota Pahang sangat laju dan fit untuk berjaya sampai ke puncak.

“Alhamdulillah. Berjaya tawan Bukit Kertau, Maran pagi ni.

“Cuma tak mampu follow kepantasan KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Tuanku laju dan fit sangat. 21 minit jer dah berjaya sampai ke puncak,” kata Fadzli menerusi kenyataan ringkas Facebooknya.

Turut menemani Tengku Hassanal ialah YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Baginda mengetuai Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 sejauh 400 kilometer yang berlangsung dari 03 Mac sehingga 06 Mac, bermula dari Riverfront di Pekan dan berakhir di Kampung Tanjung Gahai, Lipis.

Menerusi program ini baginda akan merentasi daerah Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis melalui sungai sebelum menyantuni rakyat dengan beberapa pengisian program antaranya sesi perkhemahan di Tapak Rumah Warisan Chenor, Maran dan Kampung Gintong, Jerantut, ‘Subuh Worrior’ bersama rakyat, menyatuni golongan asnaf dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang,

Ekspedisi terbabit akan disertai 150 peserta terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM), pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang dan wakil media.

Pelbagai acara telah disusun sempena Ekpedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 dimana pada semalam Tengku Mahkota Pahang singgah Rumah Rakit Maraie Kampung Padang Rubia, Pekan untuk bersarapan pagi dan Ziarah 5 rumah asnaf dengan bermotosikal.

Selepas itu, pada hari yang sama, Tengku Hassanal akan singgah di Kampung Belimbing, Pekan untuk aktiviti bersama asnaf. Pada sebelah petangnya, Tengku Mahkota akan ke Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan untuk aktiviti sumpit dan sewang.

Tengku Hassanal meneruskan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 ke Jeti Chenor, Maran. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti persembahan silat dan gendang, program santai, solat Maghrib dan Isyak di Masjid Chenor, memberi sumbangan dan santapan malam.

Pagi tadi, Tengku Hassanal bersama-sama jemaah untuk ‘Subuh Worrior’ di Masjid Chenor Sebarang Maran, mendaki Bukit Kertau, aktiviti sukan rakyat dan menanam pokok di Jeti Chenor, Maran.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat