DBKL robohkan struktur jeriji halang laluan koridor awam di rumah flat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama beberapa agensi ‘menggempur’ kediaman yang membina struktur besi yang menghalang laluan koridor awam di Flat Wangsa Maju, Seksyen 2, tengah hari tadi.

Operasi khas itu diambil setelah pemilik kediaman gagal mematuhi Notis Penguatkuasaan yang dikeluarkan pada 10 Januari lalu, yang mengkehendaki mereka membuka sendiri struktur besi yang dibina.

“Menerusi tindakan penguatkuasaan ini, DBKL telah merobohkan struktur besi yang di pasang tanpa kelulusan dan membuat halangan laluan koridor awam di bawah kesalahan Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Sisa struktur besi telah dipindahkan ke Stor JKME, Jalan Cheras untuk tindakan lanjut dan dokumentasi proses pelupusan.

“Operasi berjalan lancar dengan kerjasama erat dari semua yang terlibat. DBKL Akan meneruskan tindakan di lokasi lain selepas ini,” kata DBKL dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Operasi itu turut disertai Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar; Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME), Jabatan Kawalan Bangunan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

DBKL sebelum ini pernah mengarahkan pengurusan Flat Wangsa Maju Seksyen 2 mengambil tindakan ekoran aduan pemasangan pintu jeriji selepas ia menimbulkan rasa tidak berpuas hati kerana menghalang koridor awam.

Bagaimanapun, pemilik kediaman yang diberi amaran itu berdegil untuk membuka jeriji besi yang dipasang itu kononnya atas alasan keselamatan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat