Program homestay, kampung-stay sasar 1.6 juta pelancong tahun ini – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Koordinasi Inap Desa dengan Pihak-Pihak Berkepentingan Kali Ke-2 telah diadakan bagi meningkatkan potensi Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) di bangunan Parlimen hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi mesyuarat berkenaan berkata, kerajaan mensasarkan seramai 1.6 juta pelancong dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM100 juta pada tahun 2025 yang tinggal di homestay dan kampung-stay.

“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas inap desa bersama Motac, Tourism Malaysia, KKDW dan kementerian lain lain juga persatuan Homestay dan kampungstay.

“Tahun lalu kita telah berjaya memperoleh seramai hampir 830 ribu pelancong yg tinggal di Homestay dan menjana pendapatan kira kira 54 juta ringgit.

“Untuk itu tahun ini kita mensasarkan seramai 1.6 juta pelancong yg tinggal di Homestay dengan pendapatan 100 juta ringgit,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau menggesa agar pelbagai insiatif diambil bagi membantu pengusaha inap desa mengatasi cabaran antaranya pendigitalan, untuk meningkatkan visibiliti Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia terutamanya pelancongan berasaskan komuniti ke arah Kempen Melawat Malaysia 2026.

“Saya melihat industri inap desa berpotensi untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi desa serta mewujudkan peluang pendapatan baharu.

“Oleh itu, pengusaha inap desa perlu bersedia untuk meningkatkan daya saing melalui penambahbaikan infrastruktur, pemasaran digital dan penyediaan pengalaman unik yang menonjolkan budaya serta keindahan semula jadi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, mesyuarat kali ini turut membincangkan mengenai program pertukaran pelajar ke arah memupuk persefahaman kebudayaan antara masyarakat berlainan bangsa dan agama daripada pelbagai negara.

“Antara yang akan kita beri tumpuan tahun ini program petukaran pelajar antarabangsa untuk tinggal di Homestay berkongsi pengalaman bagi mempelajari budaya yang dilakukan oleh penduduk di sesuatu kawasan itu,” katanya.

Untuk rekod, sehingga Disember 2024, sebanyak 3,578 peserta dari desa telah menyertai PPHM dengan menjana pendapatan sebanyak RM54,896,725 sekaligus berjaya meningkatkan pendapatan serta taraf hidup penduduk desa.

Ketika ini, para pengusaha homestay di bawah PPHM juga turut menerima manfaat daripada Kementerian atau Agensi Kerajaan berupa bantuan Geran Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naiktaraf (PPUN) bagi projek membaik pulih dan membina kemudahan guna sama, latihan asas dan latihan lanjutan untuk pembangunan kapasiti modal insan yang kompeten dan berinovatif.

Sejajar dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, saya berharap ia dapat menjadi titik lonjakan bagi industri inap desa untuk terus berkembang, sekali gus memberikan manfaat besar kepada rakyat dan ekonomi Malaysia.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat