Aktivis Mahasiswa Sokong Inisiatif KPT Lancar Menu Rahmah Di IPT

- Advertisement -

PULAU PINANG: Aktivis Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman menyokong cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memperluaskan inisiatif Menu Rahmah di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Katanya, pastinya para mahasiswa amat menanti-nantikan inisiatif ini di IPT selepas pelancarannya oleh KPDN beberapa hari yang lepas.

“Berdasarkan pengumuman yang telah di buat oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi bahawa inisiatif Menu Rahmah bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah sememangnya wajar dilaksanakan.

”Pastinya para mahasiswa amat menanti-nantikan inisiatif ini di IPT selepas pelancarannya oleh KPDN beberapa hari yang lepas yang melibatkan kira-kira 15,000 premis menjual makanan dengan harga RM 5.00 bagi satu set hidangan hidangan.” ujar Nazmi ketika ditemubual oleh SuaraTV.

Kata Nazmi lagi, melalui inisiatif ini, ianya dilihat dapat meringankan beban mahasiswa terhadap kos sara hidup yang kian meningkat dan sekaligus dapat memelihara kebajikan mahasiswa.

Beliau juga mencadangkan agar sebuah jawatankuasa ditubuhkan melibatkan pihak pengurusan IPT dan mahasiswa bagi memantau harga makanan.

“Sebuah jawatankuasa juga perlu diwujudkan yang melibatkan pihak pengurusan IPT dan mahasiswa bagi memantau harga makanan serta pelaksanaan inisiatif ini dalam memastikan ianya sampai kepada mahasiswa.

“Kendatipun begitu inisiatif ini diharap bukanlah bermusim namun tetap diteruskan bagi tempoh jangka panjang.” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat