147 Ketua Wanita Bahagian Mahukan Shahrizat Kembali Menerajui Pergerakan Wanita UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian-bahagian di seluruh Malaysia meminta agar bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.

Menerusi kenyataan media Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, reputasi dan legasi Shahrizat Jalil semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan.

Ujarnya lagi, Shahrizat Jalil sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita diluar sana.

“Sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian , saya bersama 147 ketua wanita bahagian-bahagian seluruh negara telah berjumpa Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara bersemuka. Sebahagian besar kami telah membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta kembali Ybhga Tan Sri Shahrizat Jalil untuk kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.

”Secara pribadi, saya tidak pernah berada dibawah kepimpinan beliau semasa beliau memimpin wanita UMNO , namun reputasi dan legasi semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan. Beliau sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita diluar sana.

“Selaku kepimpinan wanita awal 40an, saya perlu mendapatkan sentuhan kepimpinan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bagi membimbing dan menyediakan barisan pelapis yang berkaliber untuk parti dan seterusnya menjuarai isu-isu wanita dengan membawa suara wanita Malaysia khasnya. Banyak yang boleh dipelajari melalui pengalaman dan ilmu yang ada pada pemimpin wanita hebat ini.” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, sebagai tulang belakang parti, wanita banyak berperanan dalam menjaga akar umbi dan menjadi petugas utama melalui “Jalinan Rakyat” dalam setiap kali pilihanraya. Wanita berkhidmat untuk parti dengan gigih biarpun representasi wanita sebagai pembuat dasar masih rendah sejak sekian lama.

Isu-isu wanita tidak pernah kurang, sebaliknya meningkat sejak pandemik Covid 19 melanda. Wanita memerlukan kepimpinan yang berkesan untuk memimpin dalam dunia yang semakin mencabar ini, ujarnya.

Selain itu, cadangan Usul Wanita UMNO Malaysia yang agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan telah mendapat penolakan daripada perwakilan-perwakilan Wanita pada PAU 2022 lepas.

Kegagalan usul ini kata Haryaty lagi membuktikan akar umbi Wanita mahukan kepimpinan baharu.

”Usul Wanita UMNO Malaysia yang dibawa semasa persidangan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2022 baru-baru ini, mencadangkan agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan sama sepertimana cadangan untuk Presiden dan Timbalan Presiden telah mendapat penolakan dari perwakilan. Usul ini kemudian dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia untuk diluluskan, namun ia tidak mendapat sebarang kelulusan.

“Kegagalan usul ini membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baru. Biarpun terdapat cubaan mengekalkan kepimpinan sedia ada tanpa pertandingan, namun ia tidak berjaya. Melalui proses demokrasi nanti akan menyaksikan samada Tan Sri Shahrizat Abd Jalil sebenarnya dirindui dan didambakan untuk memimpin wanita. Beliau seperti mutiara yang telah lama tersimpan dan akan kembali menyinar bagi membawa kegemilangan wanita semula.” kata Haryaty.

Pemilihan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan bermula pada 1 – 26 Februari. Manakala, peringkat Bahagian dan pusat pada 11 Mac 2023 untuk wanita dan sayap-sayap , manakala UMNO Bahagian pada 18 Mac 2023.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat