Jualan Kereta Proton Catat Pertumbuhan 162 Peratus

- Advertisement -

PETALING JAYA – Selepas setahun isu bekalan berkaitan banjir menyekat jualan pada awal tahun 2022, Proton menikmati permulaan tahun terbaiknya sejak 2013 dengan peningkatan jualan sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun.

Pengeluar kereta nasional itu mencatat jualan sebanyak 11,681 unit (domestik dan eksport) pada Januari 2023, membenarkan syarikat mengekal tempat kedua dalam jadual jualan dengan selesa.

Pegangan pasaran Proton untuk bulan sama dianggarkan 22.9 peratus, peningkatan lebih daripada 12 peratus tahun ke tahun dan pertambahan lebih 3.0 peratus daripada pegangan pasaran sebanyak 19.6 peratus untuk keseluruhan 2022.

Jumlah keseluruhan volum industri (TIV) untuk bulan Januari dianggarkan pada 51,000 unit, iaitu peningkatan sebanyak 22.8 peratus dalam jumlah jualan kenderaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan aliran ini akan berterusan untuk suku pertama tahun ini kerana Proton mesti memenuhi pesanan tertunggak yang dikecualikan daripada SST menjelang 31 Mac.

“Memandang ke hadapan untuk baki 2023, walaupun sentimen pasaran menganggarkan TIV akan surut daripada rekod baru jumlah jualan pada tahun lepas, Proton optimistik akan berjaya mencapai penumbuhan untuk tahun kelima berturut-turut.

“Dengan fasiliti baru yang akan beroperasi di kilang Tanjung Malim, penambahan kepada rangkaian jualan, pelaburan infrastruktur mengecas kenderaan elektrik (EV) dan penambahan model konvensional dan EV kepada barisan model Proton, kami yakin akan mampu mencapai keputusan yang positif pada akhir tahun,” katanya.

Kekurangan bekalan komponen menjejaskan pengeluar-pengeluar kereta pada tahun lalu dan bagi Proton, jualan Proton Persona terjejas teruk akibat kekurangan cip.

Dengan bekalan cip kini lebih stabil, jumlah jualan Persona telah meningkat semula menyebabkan model itu kembali ke tempat tertinggi untuk jualan sedan segmen-B.

Sebanyak 2,039 unit telah dijual pada Januari dan ini merupakan bulan kedua berturut-turut
model itu melebihi ambang 2,000 unit.

Proton X50 merupakan SUV paling popular negara pada tahun lepas dan model itu meneruskan trendnya pada tahun baharu ini dengan 2,992 unit terjual pada Januari, selain Proton X70 di tempat kedua dengan jualan 993 unit bulan lepas.

Bagi model Proton yang lain, Proton Saga merupakan model terlaris dengan 4,788 unit dijual manakala jualan Proton Iriz melonjak sebanyak 111 peratus tahun ke tahun untuk mengakhiri bulan dengan 597 unit dijual.

Proton Exora pula mengekalkan kedudukan sebagai raja MPV segmen-C apabila 332 unit telah dijual bulan lepas. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat