Sokongan Keluarga Malaysia Penting Untuk Pesakit Lawan Penyakit Kanser – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia yang diraikan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sokongan Keluarga Malaysia kepada para pesakit kanser adalah penting untuk mereka terus berjuang melawan penyakit itu.

Memetik status di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata beliau percaya ramai di kalangan Keluarga Malaysia yang mempunyai rakan atau saudara mara yang sedang bertarung dengan penyakit kanser.

“Pada 15 Januari lalu, saya melawat Nurshazrina Suryanto di rumahnya di Pangsapuri Megah Villa. Pelajar tingkatan tiga ini menghidap kanser tulang tahap empat.

“Ada pegawai saya menghidap kanser payu dara. Selepas lapan tahun bertarung, dia ‘survive.’

“Sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan kanser.

“Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser. Pengesanan awal dapat meningkatkan peluang untuk sembuh,” katanya.

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Februari dengan tema tahun ini “Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat