Dapat lesen gunting rambut

- Advertisement -

ANNYEONGHASEYO!

Menariknya sistem perkhidmatan tentera yang diwajibkan kepada warga negara lelaki di Korea Selatan ialah ia menawarkan pelbagai bidang untuk dipelajari.

Bukan sekadar menjadi anggota beruniform atau pertahanan, tetapi juga tukang gunting rambut.

Sehubungan itu, sesiapa yang tersenarai untuk berkhidmat boleh memilih bidang mengikut minat masing-masing.

Pelakon Park Bo Gum yang memulakan khidmatnya pada Ogos 2020 memilih untuk mempelajari kemahiran menggunting rambut.

Terbaru, dia dilaporkan lulus peperiksaan dan peroleh lesen sebagai tukang gunting.

Menurut sumber tentera dari kem Gyeryongdae, Wilayah Selatan Chungcheong, pelakon itu jelas tidak mahu sia-siakan peluang mencuba pelbagai kemahiran di sana. Dia berjaya mendapat lesen itu pada Disember tahun lalu.

“Bo Gum berjaya lulus dalam ujian praktikal dalam Peperiksaan Kelayakan Teknikal Kebangsaan untuk menjadi tukang gunting mahir. Dia menjalani ujian itu sewaktu masih berkhidmat sebagai sarjan tentera laut.

“Dia mengambil peperiksaan di Kem Latihan dan Pendidikan Tentera Laut Changwon. Dia sangat berminat untuk menjadi tukang gunting dan menghabiskan masa peribadinya siapkan diri untuk peperiksaan itu,” kata sumber terbabit.

Kem khidmat tentera di sana sememangnya sentiasa menjadi medan untuk artis terutamanya mengasah bakat terpendam lain yang mereka ada. Justeru, masing-masing tidak mahu terlepas sebaik nama mereka tersenarai masuk.

Bukan sekadar dapat merehatkan diri sebentar daripada dunia glamour, bahkan pengalaman merasai kehidupan normal bersama kawan baharu satu pengalaman manis. Rata-rata artis akan merindui pengalaman mereka sebaik tamat perkhidmatan.

Sumber tentera juga mendedahkan mereka memang menawarkan pelbagai sijil untuk dimanfaatkan di kemudian hari. Bahkan, penawaran kursus kemahiran itu menggunakan proses yang sistematik.

“Kami menggalakkan setiap askar untuk memperoleh sijil yang boleh digunakan untuk meningkatkan diri selepas tamat perkhidmatan. Kami juga sediakan sistem dan persekitaran terbaik untuknya.

“Selain gelaran sarjan, rata-rata mereka turut berusaha untuk mendapatkan pelbagai sijil ditawarkan sepanjang perkhidmatan mereka,” katanya.

Bo Gum akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi pada 30 April ini. Bagaimanapun, dia dijangka keluar awal dan menggunakan baki cutinya yang tidak diambil berikutan penularan Covid-19.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat