Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya oleh bekas Peguam Negara (AGC), Tan Sri Tommy Thomas, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata laporan itu dibuat berhubung kandungan buku tulisan Tommy bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang diterbitkan baru-baru ini.

“Ya, kita akan panggil secepat mungkin untuk rakam percakapan beliau (Tommy Thomas), dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Hanafiah dalam laporan itu menyatakan petikan buku itu pada muka surat 248 adalah tidak benar dan mempunyai konotasi bahawa dirinya tidak berkemampuan mengetuai serta menyelia pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan dana SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat