Datuk Nor Azmie Diron Dilantik Sebagai SUK Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Nor Azmie Diron dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Nor Azmie adalah bagi menggantikan Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, yang memilih untuk bersara pilihan pada 31 Mac depan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang mengumumkan perkara itu berkata, Nor Azmie memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1995, dan berpengalaman luas menguruskan beberapa portfolio termasuk keusahawanan, kewangan serta pengurusan sumber manusia.

“Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan serta Jabatan Perdana Menteri.

“Nor Azmie juga pernah memegang jawatan penting di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata kerajaan negeri mengharapkan Nor Azmie akan terus menyumbang khidmat bakti kepada Selangor khususnya mereaslisasikan agenda ‘Selangor Maju Bersama’.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Amin atas jasa serta pengorbanan sepanjang bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2016.

“Sesungguhnya kepemimpinan serta pengalaman beliau, terutamanya dalam menguruskan pandemik COVID-19 akan sentiasa dikenang dan tersemat di sanubari semua penjawat awam di Selangor,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat