Kerajaan Cari Kaedah Lebih Realistik Bantu Rakyat Terjejas Pendapatan – Mustapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mencari kaedah yang lebih realistik bagi pelan jangka panjang untuk membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19 selain mengelakkan negara mengalami kekurangan pendapatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berdasarkan laporan sebelum ini, sekatan pergerakan yang tegas akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan kira-kira RM2.4 bilion sehari.

Mustapa berkata antara kaedah yang dipertimbangkan adalah membenarkan pembukaan semua sektor ekonomi bagi membasmi jurang pendapatan rakyat di bawah pelan jangka panjang.

Langkah ini perlu bagi membantu rakyat yang terjejas pendapatan terutamanya mereka yang berada dalam sektor tidak formal seperti peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan sebagainya, katanya ketika ditemubual dalam program Perspektif di Astro Awani malam ini.

“Jadi, di bawah pelan jangka panjang, kita tiada pilihan melainkan realistik dan melihat COVID-19 ini sebagai satu gejala yang akan ada dengan kita dalam beberapa waktu sehingga kerajaan dapat menyediakan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Mustapa berkata, bagaimanapun, prosedur operasi standard akan tetap dikuatkuasakan bagi membendung kes COVID-19.

“Pendekatan kerajaan hari ini berubah dari segi falsafahnya di mana pertimbangan antara nyawa dan kehidupan itu sudah seimbang berbanding pada awal kedatangan COVID-19, di mana tumpuan lebih diberikan kepada kesihatan rakyat dan untuk mengawal pandemik ini,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat