Jihad Basmi Kemiskinan Jiran Tetangga – Jalaludin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk SeriJalaludin Alias dalam satu hantaran di akaun Facebooknya semalam meluahkan kebimbangan akan peningkatan jumlah kemiskinan di negara ini, berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah mula diguna pakai berkuatkuasa pada 1 Februari 2021.

Menurutnya, berdasarkan kepada PGK tersebut, mana-mana isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM2208 pada saat ini akan berada dalam kategori sebagai miskin.

Tambahnya lagi, dalam erti kata lain, apabila PGK meningkat, ia akan turut meningkatkan data jumlah kemiskinan di negara ini.

Atas sebab itu, lebih ramai lagi rakyat negara ini akan jatuh ke kategori miskin disebabkan saiz isi rumah juga telah dikecilkan daripada 𝟒.𝟏 orang pada 𝟐𝟎𝟏𝟔 kepada 𝟑.𝟗 orang pada 𝟐𝟎𝟏𝟗.

Walau perit untuk diterima katanya, namun perlu diakui hakikat bahawa kemiskinan semakin wujud di sekeliling kita.

Justeru, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, akan terus berazam untuk lebih bekerja keras dalam membantu mereka yang susah dan mengalami kesempitan hidup.

Pada masa sama, beliau juga menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengamalkan sifat kasih sayang dan prihatin dalam lingkungan tersendiri.

Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para sahabat dan kenalan yang mengambil inisiatif sendiri dalam membantu meringankan beban jiran tertangga.

“Semoga usaha dan perjuangan kita ini mendapat keberkatan dan rahmat Yang Maha Esa”, jelasnya di akhir hantaran tersebut.

Tulisan penuh Jalaludin boleh dirujuk di laman Facebooknya disini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat