Tumpu Pemberian Vaksin Berbanding Peningkatan Kes Baharu COVID-19 – Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya terlalu memberi tumpuan terhadap peningkatan kes COVID-19, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah isu pemberian vaksin kepada rakyat seperti yang dilakukan beberapa negara lain.

“Banyak kes COVID-19 di negara-negara luar telah menurun malah ada juga yang telah bebas daripada wabak itu.

“Ketika ini orang ramai tidak lagi bercakap mengenai angka COVID-19 sebaliknya mereka menumpukan berapa banyak vaksin yang telah diberikan kepada rakyat.

“Jika dilihat laporan media antarabangsa lebih kepada pemberian vaksin kepada rakyat termasuk peratus pemberian vaksin yang telah diberikan kepada rakyat,” katanya ketika mengulas mengenai pengurusan pandemik di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Terus Terang anjuran NR Channel pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berpendapat kerajaan gagal dalam pengurusan pandemik malah menjadikan ia sebagai alasan untuk melakukan perkara kebiasaan baharu berbanding negara luar.

“Persoalannya, rakyat masih bertanya, dengan adanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPP (PKP Pemulihan), PKPB (PKP Bersyarat)… darurat dan sebagainya… jumlah kes COVID-19 masih meningkat.

“Ertinya di sini, kerajaan gagal bukan sahaja dalam menguruskan pandemik malah hanya menggunakan ia sebagai alasan untuk sesuatu perkara,” katanya lagi.

Setakat ini, Malaysia masih mencatatkan kedudukan empat angka bagi kes harian baharu COVID-19 – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat