Ahli Parlimen PN Dapat RM3.7 Juta Seorang, UMNO Sekadar RM100,000 – Ahmad Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beberapa ahli Parlimen UMNO termasuk beliau hanya diberi peruntukan RM100,000 setahun.

Katanya, peruntukan yang sama diberikan kepada ahli Parlimen pembangkang di bawah agihan Belanjawan 2021.

Jelas beliau perbezaan ketara antara ahli Parlimen UMNO dan Perikatan Nasional (PN) yang menerima peruntukan sebanyak RM3.7 juta seorang.

Ahmad Zahid yang sudah menjadi wakil rakyat Bagan Datuk selama enam penggal dalam nada sarkastik,mengucapkan “terima kasih” kepada kerajaan atas peruntukan itu dan dia mengatakan jumlah itu “mencukupi” untuk kawasannya.

“Setakat ini saya terima peruntukan sebanyak RM100,000 setahun untuk tahun 2021. Ahli parlimen kerajaan yang lain dapat RM3.7 juta.

“Alhamdulilah saya mendapat RM100,000. ‘Cukuplah’ untuk Bagan Datuk rasanya. (Peruntukan) itu bahagian yang paling mundur di Perak setakat ini apabila dapat RM100,000 setahun.

“Saya ucapkan terima kasih atas peruntukan yang diberikan itu,” katanya dalam wawancara di NR Channel TV, semalam.

Dalam pada itu Ahmad Zahid mengingatkan bahawa beliau dan ahli Parlimen UMNO yang lain telah menyokong Belanjawan 2021 ketika dibentangkan di Parlimen untuk memastikan ia diluluskan.

Justeru, mereka sewajarnya diberi peruntukan yang sama dengan ahli parlimen kerajaan yang lain.

“Ini adalah peruntukan yang diberikan kepada ahli parlimen Bagan Datuk, Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Pekan (Datuk Seri Najib Razak), Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) dan Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub).

“Mudah-mudahan terbukalah hati sesiapa yang membuat keputusan itu untuk memberi peruntukan sama dengan mana-mana ahli parlimen (kerajaan) yang telah mengundi supaya Belanjawan 2021.

“Kami sokong Belanjawan 2021 tiga kali, di peringkat dasar jawatankuasa, dan peringkat bacaan ketiga.Tetapi hadiah yang kami dapat, alhamdulilah peruntukan yang kami dapat RM100,000 setahun.

“Terima kasihlah, bersyukur, alhamdullilah,” katanya sinis.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan penting dalam Kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima jumlah peruntukan yang serupa seperti yang didakwa diterima Muhyiddin.

Terdapat tanda-tanda berlaku perpecahan antara kepemimpinan UMNO dan menteri Kabinet UMNO, khususnya setelah Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN.

Walaupun ramai pemimpin UMNO bertegas memutuskan hubungan dengan PN, menteri UMNO dilihat mesra pentadbiran Muhyiddin.

Keputusan Nazri dan Ahmad Jazlan dalam menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan PN telah menjadikan Muhyiddin menerajui kerajaan minoriti.

Susulan itu, beberapa pemimpin akar umbi UMNO menuntut Ahmad Zahid berehat dari memimpin parti

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, berehat atau bercuti tidak akan menyelesaikan masalah.

“Saya pernah bercuti selama enam bulan 12 hari. Ketika itu ada sekumpulan ahli Parlimen yang mendesak saya sama ada letak jawatan atau bercuti. Kalau saya sekurang-kurangnyanya bercuti mereka tidak akan keluar daripada UMNO, tetapi bahawa sehari selepas saya bercuti, kumpulan itu terus keluar daripada UMNO.

“Dalam keadaan itu, tentunya bercuti, berehat apatah lagi meletak jawatan, bukanlah satu penyelesaian kepada masalah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau dilantik sebagai presiden di bawah proses demokrasi pemilihan UMNO dan mengikut perlembagaan parti, ia harus dipertahankan oleh semua di akar umbi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat