Pensijilan halal Gula Rahmah, tingkat keyakinan rakyat terhadap bekalan gula

BUKIT BERUNTUNG, 3 Januari 2025 — DatukSeri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Pensijilan Halal Gula Rahmah, satu inisiatif penting bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap bekalan gula yang diyakini, selamat dan mampu milik.

Majlis perasmian yang berlangsung di Bukit Beruntung itu menandakan pengiktirafan rasmi terhadap produk Gula Rahmah yang memenuhi keperluan kebersihan dan pematuhan halal, selain mematuhi piawaian kawal selia yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HMBE Legacy Sdn Bhd, Ahmad Badurol Hisham Mukhatar, pensijilan halal Gula Rahmah merupakan elemen penting dalam membina keyakinan pengguna terhadap rantaian bekalan gula negara, khususnya bagi pasaran domestik.

Menurut beliau, pensijilan tersebut memberi jaminan kepada rakyat bahawa Gula Rahmah bukan sahaja dikawal dari segi bekalan dan pengedaran, malah memenuhi keperluan asas kebersihan serta halal yang menjadi keutamaan pengguna.

Beliau turut menjelaskan bahawa Gula Rahmah membuktikan bekalan gula mampu disediakan kepada rakyat tanpa bergantung kepada sebarang subsidi kerajaan, namun masih boleh ditawarkan pada harga di bawah harga pasaran semasa, iaitu RM2.70 sekilogram.

Inisiatif ini, katanya, dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebarang subsidi kerajaan dan selari dengan hasrat kerajaan membantu rakyat menangani tekanan kos sara hidup melalui penyediaan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan.

Buat masa ini, penjualan Gula Rahmah dilaksanakan secara terhad melalui Jualan Rahmah Bergerak yang diselaraskan oleh kementerian bagi memastikan pengedaran terkawal serta berfokus kepada kumpulan sasaran.

Beliau berharap inisiatif Gula Rahmah dapat dipertimbangkan untuk diperluaskan secara lebih menyeluruh ke pasaran domestik pada masa hadapan, supaya lebih ramai rakyat di seluruh negara dapat menikmati bekalan gula pada harga di bawah harga kawalan.

Majlis berkenaan turut mempamerkan produk Gula Rahmah yang akan diagihkan secara berperingkat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.

Gula Rahmah dilihat sebagai langkah progresif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tadbir urus industri makanan serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat