Kerajaan Kelantan sokong jayakan PADU, tak mahu ketinggalan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Kelantan menyokong dan sedia memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk menjayakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Susulan itu, Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kerajaan negeri akan menyelaraskan pelaksanaan PADU dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut hadir pada majlis pelancaran PADU baru-baru ini.

“Sistem digital ini sebenarnya kita (kerajaan negeri) rancang dan sekarang kita akan cuba menjayakannya. Sekarang orang bercakap semua aktiviti digital dan kita tidak mahu ketinggalan dalam hal ini.

“Justeru, kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Kita sokong (PADU) cuma kita tengok sehari dua ini ada hal berbangkit berhubung beberapa kelemahan disuarakan beberapa pihak,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam 2024 dirasmikan Mohd Nassuruddin di Kota Darulnaim di Kota Bharu, lapor BH.

Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula 1 Januari hingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai menyemak dan mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah serta alamat.

Rakyat berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data mereka di portal PADU menerusi https://padu.gov.my/.

Mohamed Fadzli berkata, data peribadi ini penting dan mesti dijaga dengan baik bagi mengelak ia diakses pihak lain.

“Jika betul data mudah diceboroh, tidak bermakna kita batal (sistem ini) cuma kita kena atasi sebab data peribadi ini penting dan mesti dijaga. Data peribadi (isu mengenainya) sudah berbangkit di Selangor dan ia sensitif.

“Kita minta jika ada kelemahan atasi segera kerana yang mahu dibuat itu sesuatu yang baik dan kita menyokongnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat