Dihimpit beban ekonomi, Kerajaan Perpaduan tak akan tahan lama – Rosol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mampu bertahan lama kerana rakyat semakin marah dan terhimpit dengan beban ekonomi semasa.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, situasi tersebut akan mendorong berlakunya pertukaran kerajaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, rakyat telah menyampaikan keluh kesah mereka terhadap wakil rakyat (Ahli Parlimen) yang berkemungkinan akan mempengaruhi sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.

“Tarikhnya (pertukaran kerajaan) tak pasti tapi ia akan tetap berlaku kerana rakyat berada dalam keadaan terhimpit ketika ini.

“Kenaikan barangan yang semakin ketara tidak ada tanda pemulihan menyebabkan hidup rakyat semakin susah dan mereka mahukan kerajaan yang lebih cakna, prihatin dengan kehidupan rakyat akar umbi,” lapor Utusan di Terengganu.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan kaedah pertukaran kerajaan itu berlaku dan menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan ‘Langkah Dubai’ yang kini menjadi spekulasi hangat dalam arena politik negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat