Gagal Diselamatkan, Budak Vietnam Terperangkap Dalam Cerucuk Konkrit Meninggal Dunia

- Advertisement -

HANOI – Budak lelaki Vietnam berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam cerucuk konkrit terbuka sempit di tapak pembinaan pada Malam Tahun Baharu telah disahkan meninggal dunia, kata media kerajaan hari ini.

Pasukan penyelamat menghabiskan hampir 100 jam cuba membebaskan Ly Hao Nam dari tiang sokongan sepanjang 35 meter yang didorong ke dalam tanah, tetapi tidak berjaya, akhbar dalam talian VnExpress memetik seorang pegawai kerajaan tempatan sebagai berkata.

“Pihak berkuasa telah menentukan bahawa mangsa telah meninggal dunia dan sedang berusaha mendapatkan mayatnya untuk pengebumian,” timbalan pengerusi wilayah selatan Dong Thap, Doan Tan Buu, dipetik sebagai berkata.

Nam didengari menangis meminta tolong sejurus selepas dia terjatuh ke dalam cerucuk konkrit berongga, yang mempunyai diameter 25 sentimeter Sabtu lalu di tapak pembinaan jambatan di wilayah delta Mekong di mana dia mencari besi buruk bersama rakan-rakannya.

Terdahulu pada Rabu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah menggesa penyelamat dan pihak berkuasa tempatan untuk menggerakkan semua peralatan dan pasukan yang diperlukan, kata kerajaan. – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat