Anthony Loke rancang transformasi perkhidmatan JPJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan membuat transformasi besar dalam perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menterinya, Anthony Loke berkata, antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Petang semalam, saya telah mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapat taklimat berkenaan perancangan JPJ untuk tahun 2023.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu lagi, sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan beliau akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat.

“Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat JPJ yang menyusahkan mereka,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat