Umrah Ditangguh Demi Jaga Nyawa Rakyat – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa Sabtu ini, untuk menjaga nyawa rakyat, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan KKM itu, yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mesyuarat Khas Kabinet, esok.

“KKM akan bentang isu COVID-19, terutama berkaitan penularan varian Omicron termasuk keputusan yang dibuat mengenai umrah dalam Mesyuarat Khas Kabinet.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah. Cuma, saya nak maklumkan tindakan Kementerian Kesihatan lebih kepada nak jaga nyawa kita. Apa-apa pun esok saya mahu dapat laporan terperinci dahulu,” katanya memeti BH di Segamat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, KKM menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini, berikutan penularan COVID-19 varian Omicron.

Khairy ketika mengumumkan keputusan itu dilaporkan berkata, larangan berkenaan akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan bakal jemaah yang sudah menempah tiket penerbangan ke tanah suci.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Khas Kabinet esok akan turut menyentuh isu pasca banjir dan persediaan untuk menghadapi gelombang kedua bencana itu, sekiranya berlaku.

“Semalam saya ada mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa mengenai pasca banjir dan gelombang kedua yang dihadiri semua Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Kita akan bentangkan kepada Kabinet mengenai keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa itu yang turut dihadiri Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat