Perdana Menteri Umum Peruntukkan RM 5 Juta Atasi Banjir Di Segamat

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob pagi tadi mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Segamat, Johor, antara lain bagi memastikan pengurusan banjir di di megeri berkenaan berjalan lancar.

PPS di Balai Raya Kampung berkenaan menempatkan 117 mangsa daripada 26 keluarga di tempatkan di situ sejak Ahad lalu.

Dalam kunjungan tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada 26 ketua isi rumah yang terlibat. Bantuan berkenaan melibatkan sejumlah RM1,000 dari Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan RM500 dari Kerajaan Negeri Johor.

Menurut Perdana Menteri, BWI harus disalurkan segera kepada semua mangsa banjir, sebaiknya sebelum mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Segamat adalah daerah yang paling teruk dilanda banjir di Johor setakat ini. Sebanyak 52 PPS telah dibuka di daerah ini yang menempatkan 1,093 keluarga serta 4,016 mangsa.

Jelas Perdana Menteri, “Saya telah diberi taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memerlukan peruntukan untuk membina ban baharu bagi mengelakkan banjir di masa depan”.

Melihat kepada keperluannya yang mendesak, peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan untuk membina ban baharu.

Tambah beliau lagi, “Jabatan Pengaliran & Saliran (JPS) juga diminta supaya menyediakan pelan jangka panjang untuk mengelakkan banjir di daerah ini.

Beliau seterusnya mendoakan seluruh Keluarga Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT daripada segala bencana.

Lawatan Perdana Menteri ke PPS berkenaan turut diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Haji Hasni Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat